05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI PENGURUS JENAZAH JAWI TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.44 PM

5 NOVEMBER 2023M | 21 RABIULAKHIR 1445H (AHAD) – JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI Tahun 2023. Program bermula pada 3 hingga 5 November 2023 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kompetensi dan pengetahuan semasa melalui kupasan isu-isu semasa berkaitan pengurusan jenazah dan dalam masa yang sama menaikkan motivasi dan jati diri para pengurus jenazah melalui slot ceramah yang diadakan. Selain itu, para peserta juga dilibatkan dengan aktiviti outdoor untuk meningkatkan kecergasan fizikal, kecerdasan mental dan amalan kerja berkumpulan.

Seramai 31 orang ahli Pasukan Pengurus Jenazah JAWI telah menyertai program yang terdiri daripada pasukan pengurus jenazah daripada tiga wilayah (JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya dan JAWI Cawangan Labuan). Antara pengendali slot yang diundang ialah YBrs.. Dr. Muhamad Fahmi bin Hussin dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya yang mengupas isu “Adakah Virus daripada Jenazah Boleh Menjangkiti Orang Yang Hidup”. Slot yang kedua oleh YBrs. Puan Hasmarizal binti Che Abd Hamid dari Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau menyentuh tajuk “Kemahiran Pengurusan Tekanan Dari Sudut Psikologi” manakala slot ketiga pula disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar dari Darul Quran JAKIM berkaitan “Membina dan Mengurus Kompetensi dan Profesionalisme Pengurus Jenazah”.

Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Sharidah binti Zainal Abidin mewakili YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir bersama YBrs. Ustaz Mohd Sukri bin Abd. Ghani Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya dan YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Semoga Program Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI yang dianjurkan ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta sebagaimana yang disasarkan seterusnya dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan kompetensi dan profesionalisme Pasukan Pengurusan Jenazah JAWI dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.44 PM 1 WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.44 PM 2
WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.46 PM WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.47 PM 1
WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.46 PM 1 WhatsApp Image 2023 11 06 at 3.00.45 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel