05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMBARA KASIH MUALAF MADANI

WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.53.14 PM

3 NOVEMBER 2023M | 19 RABIULAKHIR 1445H (JUMAAT) – Pada 1 hingga 3 November 2023, bersamaan 17-19 Rabiulakhir 1445H JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kembara Kasih Mualaf Madani 2023 bertempat di Kampung Orang Asli, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar, Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Objektif program ini diadakan adalah untuk merealisasikan program dakwah yang lebih efisien. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan para mualaf menimba pengalaman berdakwah dengan menyantuni masyarakat luar dengan lebih rapat.

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan bersama penduduk kampung Orang Asli. Antaranya ialah Klinik Tahsin surah al-Fatihah, acara sukaneka kanak-kanak serta dewasa, pertandingan persahabatan sukan takraw antara team Orang Asli dan Urusetia JAWI bersama mualaf.

Aktiviti sembang santai diiringi cabutan bertuah telah di laksanakan dengan pelbagai hadiah menarik seperti barang elektrik, permainan kanak-kanak, alatan memasak dan termasuk barangan hamper untuk warga penduduk kampung yang terpilih. Peserta mualaf telah melaksanakan misi ziarah ‘Door to Door’ iaitu penyampaian sumbangan barang asasi kepada para penduduk di samping beramah mesra serta merapatkan ukhuwah sesama mereka. Seramai 248 ketua isi rumah telah diziarahi dengan jumlah hampir 1000 penduduk menerima manfaat ziarah ini. Setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat meriah dan baik oleh penduduk Orang Asli di sini.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan diteruskan dengan acara bergambar bersama para peserta dan warga penduduk kampung. Simbolik perasmian telah diadakan dengan penyerahan sumbangan barangan asasi dan cabutan nombot terpilih kepada warga Kampung Orang Asli Pos Kuala Mu.

Kembara Kasih Mualaf 2023 telah mendapat sokongan yang padu dari rakan strategik JAWI iaitu QSR Brands, Nestle dan turut bersama team JAWI foodbank membantu pelaksanaan agihan kepada seluruh warga penduduk.

Semoga dengan program yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan nilai dakwah dalam diri kita di samping memberi manfaat kepada masyarakat luar.

WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.53.13 PM 1 WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.54.07 PM 1
WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.54.08 PM 2 WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.54.07 PM 3
WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.53.15 PM WhatsApp Image 2023 11 05 at 7.53.14 PM 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel