05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/2023M

395523990 732578535352657 7323208667866617399 n

28 OKTOBER 2023M | 13 RABIULAKHIR 1445H (SABTU) – MTHQWP adalah program tahunan yang dianjurkan bertujuan memartabatkan kitab suci al-Quran yang menjadi panduan dan rujukan utama seorang muslim serta menarik minat masyarakat untuk mendekati, memahami, mentadabbur sekaligus mengamalkan nilai dan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran. Menariknya, pada tahun ini, kelainan dalam format persembahan ditampilkan dengan membawakan slot Ibrah al-Quran disertai visual 3D sebaik sahaja selesai para peserta menyempurnakan bacaan.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada malam tadi disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

MTHQWP telah berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2023 (Khamis - Sabtu) di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis Hafazan Al-Quran berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari manakala Majlis Tilawah Al-Quran pula berlangsung pada jam 9.00 hingga 11.00 malam.
Majlis Tilawah Al-Quran pada kali ini disertai oleh lima belas (15) orang peserta iaitu sembilan (9) peserta qari dan enam (6) peserta qariah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, seorang Johan Qari Menunggu dan seorang Johan Qariah Menunggu. Bagi Majlis Hafazan Al-Quran, 33 orang peserta menyertai majlis pada kali ini dalam tiga kategori berasingan iaitu Kategori 1 (1 -10 juzuk): 12 orang peserta, Kategori 2 (1-20 juzuk): 11 orang peserta, Kategori 3 (1-30 juzuk): 10 orang peserta.

Kesemua peserta yang terpilih telah melalui sesi saringan yang dilaksanakan lebih awal serta didedahkan dengan Kursus Tahsin Al-Quran yang dikendalikan oleh pembimbing yang berkepakaran. Penganjuran acara ini diharapkan dapat membangkitkan kesedaran masyarakat pelbagai generasi dan peringkat usia untuk mencintai al-Quran serta mahir dalam hafazan dan pembacaan al-Quran meliputi bidang suara, lagu, tajwid dan tarannum. Jabatan ini merakamkan jutaan tahniah kepada para pemenang yang telah dinobatkan seperti berikut:

Majlis Hafazan Kategori 1-10 (Lelaki):

Johan: MUHAMMAD ZARIF HAZIM BIN CHE YUSMADI
Naib Johan: ZARIF SYAHIR BIN SYAHRIN
Tempat Ketiga: AHMAD NAUFAL BIN FAUZI

 Majlis Hafazan Kategori 1-10 (Perempuan):

Johan: BALQIS INSYIRAH BINTI AFYAN
Naib Johan: ZINNIRAH BINTI ABU DZAR
Tempat Ketiga: NUR SOFIYYAH BINTI ABDULLAH AL-MUKHLIS

Majlis Hafazan Kategori 1-20 (Lelaki) :

Johan: MUHAMMAD ARIFF BIN SUDIMAN
Naib Johan: SAIFUL HADI BIN BAHARIN
Tempat Ketiga: IRFAN BIN AHMAD NAJIB

Majlis Hafazan Kategori 1-20 (Perempuan):

Johan: NURUL EZZATINA BINTI ZAIDI
Naib Johan: ‘IFFAH BINTI ASHROFF
Tempat Ketiga: AINUL HUDA BINTI ZAMRI

Majlis Hafazan Kategori 1-30 (Lelaki):

Johan: OMAR BIN ABD AZIZ
Naib Johan: MUHAMMAD ‘AKASHAH BIN AZMAN
Tempat Ketiga: MUHAMMAD FAWZAN BIN MOHAMMAD NAJIB

Majlis Hafazan Kategori 1-30 (Perempuan):

Johan: AFIFA SYAKIRAH BINTI MOHD RADZI
Naib Johan: MARYAM BINTI RAZALI
Tempat Ketiga: ZUHA BINTI ZAHRAN

Majlis Tilawah Kategori (Lelaki):

Johan: AB. GHANI BIN AG. TANGA
Naib Johan: MUHAMMAD ‘AIDIL BIN SENIN
Tempat Ketiga: DR. KHALID BIN ISA

Majlis Tilawah Kategori (Perempuan):

Johan: NOORUL HASLIZA BINTI HJ. AHMAD
Naib Johan: ROSNANI BINTI MOHMAD
Tempat Ketiga: LAILASARI BINTI SABRAN

396495517 732579218685922 1602091048052390497 n 396470106 732579325352578 6392256271688841323 n
396266864 732578695352641 3120845398711970000 n 395467564 732578755352635 8685953013694623186 n
395484234 732579452019232 6478875367967251894 n 395561631 732579348685909 7778218251143115687 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel