05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL TAHSIN SOLAT ORANG KURANG UPAYA PENDENGARAN TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 10 20 at 2.51.25 PM

15 OKTOBER 2023M | 29 RABIULAWAL 1445H (AHAD) – Telah berlangsung Bengkel Tahsin Solat Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) serta Masjid As-Syakirin KLCC yang bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Bengkel ini merupakan siri lanjutan daripada Kelas Bimbingan al-Quran dan Fardhu Ain OKU Pendengaran yang telah dijalankan sepanjang tahun ini. Berobjektifkan untuk memupuk penghayatan dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap pensyariatan ibadah solat dalam kalangan warga OKU agar dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sempurna.

Bengkel ini dijayakan oleh barisan fasilitator daripada para sukarelawan dan Jurubahasa Isyarat daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sebagai penghubung dan pemudahcara agar sesi pembelajaran dan perkongsian ilmu dapat disampaikan dengan kaedah komunikasi yang lebih tepat dan berkesan kepada sasaran. Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada warga OKU dalam menghayati dan memantapkan ilmu-ilmu fardu ain dalam kehidupan seharian.

WhatsApp Image 2023 10 20 at 2.51.26 PM WhatsApp Image 2023 10 20 at 2.51.26 PM 1

WhatsApp Image 2023 10 20 at 2.51.27 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel