05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS APRESIASI KELAS BIMBINGAN AGAMA KOMUNITI DISAYANGI

WhatsApp Image 2023 10 20 at 7.06.36 AM 1

19 OKTOBER 2023M | 4 RABIULAKHIR 1445H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) dan Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP), Yayasan Chow Kit telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kelas Bimbingan Agama (Kanak-kanak dan Remaja) Komuniti Disayangi (KDS) bertempat di PAKK, Chow Kit.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Turut hadir ialah para pendidik di kedua-dua buah pusat tersebut dan tenaga pengajar kelas bimbingan serta melibatkan penyertaan seramai 60 orang kanak-kanak dan remaja peserta kelas bimbingan yang dianjurkan.

Kerjasama dan komitmen para peserta dalam menjayakan 32 siri kelas sepanjang tahun ini amat dihargai. Ia dizahirkan melalui penganjuran majlis ini sebagai penyuntik semangat bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus mempelajari ilmu agama dalam meneruskan kehidupan. Pelaksanaan kelas bimbingan ini sebagai salah satu usaha memberikan kefahaman agama kepada anak-anak yang tidak berpeluang mengikuti pembelajaran secara formal. Usaha ini adalah sebagai salah satu inisiatif membangunkan generasi baharu dengan bekalan ilmu agama bagi melahirkan masyarakat muslim yang lengkap dengan ilmu dan akhlak Islamiah sebagai benteng dalam zaman yang mencabar ini.

Majlis istimewa ini juga menampilkan peserta remaja KLKP sebagai pengacara, malah majlis turut diserikan lagi dengan persembahan menarik oleh kanak-kanak PAKK dan remaja KLKP antaranya seperti bacaan Al-Quran, persembahan nasyid, hafazan surah-surah pendek dan azan serta iqamat.

Dalam menjayakan agenda dakwah ke seluruh pelosok masyarakat, JAWI sentiasa bersedia untuk menawarkan perkhidmatan melalui pelbagai medium dan kaedah agar dakwah di sampaikan secara berhikmah yang menjadi dasar pembentukan masyarakat MADANI.

WhatsApp Image 2023 10 20 at 7.06.35 AM WhatsApp Image 2023 10 20 at 7.06.36 AM
WhatsApp Image 2023 10 20 at 7.06.35 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel