05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN MENANGANI ISU AKIDAH DI MEDIA SOSIAL

WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.28 PM 1

18 OKTOBER 2023M | 2 RABIULAKHIR 1445H (RABU) – Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Menangani Isu Akidah di Media Sosial Bil. 2/2023. yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari, bermula 17 Oktober dan 18 Oktober 2023 dalam merangka Pelan Tindakan ini menghimpunkan 20 orang peserta yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, Bahagian Pengurusan Masjid, Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Penguatkuasaan.

Pelan tindakan ini memfokuskan kepada langkah-langkah pencegahan dalam menangani isu-isu akidah. Pembangunan Pelan Tindakan ini turut mengambilkira input-input daripada Garis Panduan sedia ada yang dikeluarkan oleh JAKIM dan keputusan hukum daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Diharap dengan kewujudan pelan tindakan ini dapat menangani isu akidah yang tidak terkawal yang berlegar di media sosial dan dalam masa yang sama dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat sekaligus mengurangkan isu-isu yang boleh mengancam akidah umat Islam.

WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.27 PM 1 WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.26 PM
WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.31 PM WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.30 PM 2
WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.29 PM 2 WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.05.32 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel