05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/ 2023M

391727134 724759946134516 1508698535970440290 n

14 OKTOBER 2023M | 28 RABIULAWAL 1445H (SABTU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan rakan strategik telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bersamaan 28 Rabiulawal 1445H bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI, Puan Rashinah binti Abdul Hamid, dan Tuan Haji Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M bermula seawal jam 7.45 pagi dengan aktiviti Perarakan Kontinjen Maulidur Rasul SAW yang disertai oleh 700 orang peserta dari 22 kontinjen dalam kalangan agensi kerajaan dan swasta di sekitar Wilayah Persekutuan. Majlis turut diserikan dengan acara Persembahan Nasyid dari Kumpulan Nasyid KAFA Al-Irsyad dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) serta persembahan pantomim dari PUSPEN Sungai Besi.

Acara kemuncak pada majlis tersebut adalah pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para penerima Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Individu, Anugerah Khas Organisasi bagi Kategori Masjid, Surau Sekolah, Institusi Pendidikan Prasekolah, Maahad Tahfiz, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
JAWI merakamkan sekalung tahniah kepada para penerima anugerah seperti berikut:

1. Anugerah Tokoh Utama : YBhg Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain
2. Anugerah Khas Individu 1: YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Zin bin Kandar
3. Anugerah Khas Individu 2: YBhg. Dato' Ahmad Azam bin Ab Rahman
4. Anugerah Khas Organisasi (Masjid): Masjid Jamek Kg. Baru Kuala Lumpur.
5. Anugerah Khas Organisasi (Surau Sekolah): Surau al-Hijrah, SMK Putrajaya P18 (1), Putrajaya.
6. Anugerah Khas Organisasi (Maahad Tahfiz) : Maahad Tahfiz al-Faridiyah, Setapak Kuala Lumpur.
7. Anugerah Khas Organisasi Kategori Institusi Pendidikan Pra-Sekolah : Tadika MAIWP Kids, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
8. Anugerah Khas Organisasi (NGO): Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang kontinjen perarakan terbaik seperti berikut:

1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur

391704120 724759796134531 8938348513143610573 n 391636115 724767239467120 5855649094000400704 n
391635902 724767329467111 5143375364420192359 n 391702524 724767302800447 1779671277144043657 n
391714189 724767112800466 6940462593064563412 n 391710718 724767119467132 1558525193778574581 n
391703928 724767012800476 2436683620723840933 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel