05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BUKU PELAN TRANSFORMASI AL FALAH DILUNCURKAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

1

11 OKTOBER 2023M | 25 RABIULAWAL 1445H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis Perhimpunan yang dihadiri oleh 700 orang peserta dalam kalangan 14 buah warga agensi bersama-sama ketua-ketua agensi masing-masing disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Program dimulakan dengan sesi Pembentangan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu: Peneraju Kelestarian Manuskrip Melayu oleh Perpustakaan Negara.

Selain itu, turut diadakan acara Peluncuran Buku Pelan Transformasi Al Falah, Penyerahan Bangunan ‘Ilaj Home dari JAKIM kepada JAWI, Penyerahan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada JAKIM, dan Penyerahan Sumbangan Wakaf kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan).

Buku Pelan Transformasi Al Falah dibangunkan dengan kerjasama 14 buah agensi yang telah digerakkan bermula Mac 2023. Pelan tersebut mengandungi 5 teras, 10 fokus, 21 strategi dan 31 program yang direncanakan bagi mencapai visi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai peneraju pengurusan hal ehwal Islam dan kesejahteraan ummah.

Penyerahan Bangunan ‘Ilaj Home dari JAKIM kepada JAWI adalah bagi tujuan pengurusan, penyelenggaraan, pentadbiran dan pengoperasian. ‘Ilaj Home merupakan pusat perlindungan dan kebajikan berlandaskan rawatan Islam melibatkan Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) yang bakal beroperasi di sebuah bangunan utama 6 tingkat yang boleh memuatkan 100 orang penghuni.

2 3
4 5
6 7 Copy2
8 copy 11 Copy
10 Copy 13 Copy
12

 

 

Disediakan oleh:

 

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel