05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYEDIAAN PINDAAN KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013

WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.58 PM 1

9 OKTOBER 2023M | 23 RABIULAWAL 1445H (ISNIN) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Pindaan Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan, dan Pengajaran Mualaf) 2013 di Imperial Heritage Hotel, Melaka.

Bengkel ini berlangsung selama 3 hari, bermula dari 7 hingga 9 Oktober 2023, bertujuan untuk membuat penyediaan pindaan Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan, dan Pengajaran Mualaf) 2013 agar lebih sesuai dengan keperluan semasa, serta meningkatkan urus tadbir pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah Persekutuan.

Peserta bengkel terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran, termasuk wakil dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan, ahli akademik serta pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perbincangan dan penelitian terperinci telah dijalankan ke atas beberapa bahagian dalam kaedah ini untuk memastikan tiada percanggahan dengan Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, dan untuk memastikan pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah Persekutuan berjalan mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Majlis Penutupan Bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, dengan kehadiran Puan Majidah binti Hj. Mokhtar selaku Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. Diharapkan agar bengkel ini mencapai matlamat yang telah ditetapkan, dan pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah Persekutuan terus berkembang dan maju.

WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.58 PM 2 WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.58 PM
WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.06.00 PM WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.59 PM 2
WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.59 PM 1 WhatsApp Image 2023 10 09 at 9.05.59 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel