05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN TAHUN 2023

Seminar ibubapa 1

1 Oktober 2023 | 15 Rabiulawal 1445H (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) JAWI telah mengadakan Seminar Kemahiran Keibubapaan Tahun 2023 di Dewan Serbaguna, Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Seramai 120 peserta terdiri daripada kalangan komuniti setempat dan anak kariah Pusat Zon 2 telah menghadiri seminar ini. Dalam usaha memantapkan institusi kekeluargaan Islam, JAWI melalui BPPK sentiasa cakna dengan keperluan dan cabaran keluarga masa kini dengan mengadakan program-program berkaitan dengan kekeluargaan, antaranya Seminar Kemahiran Keibubapaan ini. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan tambahan kepada para ibu bapa berkaitan teknik dan kemahiran mendidik anak-anak yang terbaik.

Pemilihan tema "Mama Papa Pimpinku ke Syurga" pada kali ini memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu ditambah baik oleh ibu bapa seperti kemahiran menghargai prestasi anak, disiplin diri dan kemahiran menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Teknik dan kemahiran tersebut telah dikupas dengan sangat baik oleh penceramah jemputan seminar ini iaitu Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki dan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir bersama YBhg. Datuk IR. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Timbalan Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Semoga penganjuran program ini dapat memberi kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan ilmu dan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak ke arah pembinaan keluarga yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Seminar ibubapa 2 Seminar ibubapa 3
Seminar ibubapa 4 Seminar ibubapa 5
Seminar ibubapa 6

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar