05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DELEGASI JAWI BERMUSAFIR KE TIGA NEGERI PANTAI TIMUR

382237044 715753523701825 2179448698255278738 n

26 SEPTEMBER 2023M | 10 RABIULAWAL 1445H (SELASA) – Delegasi JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah bermusafir mulai dari tarikh 23hb hingga 26hb September 2023 dalam misi Lawatan Penanda Aras ke tiga negeri Pantai Timur.

Pada hari pertama, destinasi dituju adalah negeri Kelantan Darul Naim. Rombongan telah melawat Institut Dakwah Islam PERKIM (IDIP) di Pengkalan Chepa, Pusat Latihan Mualaf di Tumpat di bawah kendalian MAIK seterusnya ke ibu pejabat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).Manakala pada hari kedua, rombongan delegasi telah berkunjung ke Kompleks Darul Hidayah, Pusat Bimbingan Saudara Kita Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Seterusnya, sebagai penutup lawatan delegasi meneruskan langkah ke Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) di Pekan Pahang dan Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan, Pahang.

Walaupun padat dan mengejar masa ibarat jauh perjalanan luas pengetahuan, itulah ungkapan yang dapat diucapkan. Banyak idea dan prosedur operasi yang boleh dijadikan panduan oleh JAWI terutama dari segi pengurusan pengislaman, modul dan bimbingan mualaf, tenaga pengajar mualaf dan bantuan kebajikan kepada mualaf.
Rombongan JAWI seramai 19 orang telah diketuai oleh Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan turut serta Puan Majidah binti Mokhtar, Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Majlis Agama Islam negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ia dapat mengukuhkan jalinan kerjasama dalam memperkasakan pengurusan mualaf di negara ini.

382221478 715753667035144 2516888995154371048 n 382224910 715753560368488 7999284386459683646 n
382227384 715753793701798 1053303554628323424 n 383969631 715753730368471 5713087070856577554 n
384232224 715753600368484 2008632758486222143 n 383983309 715753577035153 6190567447833424942 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel