05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LATIHAN PSIKOSPIRITUAL DAN KHIDMAT NASIHAT KELAHIRAN TANPA NIKAH

383968599 716403760303468 5437619064504233536 n

27 SEPTEMBER 2023M | 11 RABIULAWAL 1445H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah melaksanakan Program Latihan Psikospiritual dan Khidmat Nasihat Isu Kelahiran Tanpa Nikah Kepada Petugas Khidmat Nasihat. Ia berlangsung di Hotel Grand Barakah Ampang, Selangor.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai kemahiran psikologi dan panduan khidmat nasihat khusus berkaitan isu-isu perkahwinan, prosedur pendaftaran dan pengesahan perkahwinan yang sering berlaku. Ia berkait dengan salah satu fungsi Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bagi khidmat nasihat kelahiran tanpa nikah khususnya di Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur).

Seramai 25 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Antara pengisian dalam latihan ini ialah topik “Kelahiran Tanpa Nikah Di Bawah Umur (Masalah & Solusi) yang disampaikan oleh YBrs. Puan Raja Norul Fazzilla binti Raja Halim dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seterusnya topik berkaitan “Prosedur Pendaftaran dan Pengesahan Perkahwinan“ oleh YBrs. Puan Nik Norliza binti Nik Kamaludin, daripada Bahagian Perkahwinan dan Pengurusan Keluarga JAWI. Manakala YBrs. Encik Suhaimi bin Ahmad Wakid dari Jabatan Agama Islam Selangor berkongsi Kemahiran Psikospiritual Sebagai Petugas.

Diharap latihan yang diadakan ini dapat meningkatkan kemahiran para petugas khususnya dalam mengendalikan khidmat nasihat kerohanian kepada pesakit-pesakit dan juga mangsa isu sosial yang berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur dapat ditangani.

383982158 716404110303433 751669330202603320 n 382804465 716403870303457 8473866551410918069 n
384238742 716403920303452 5457427672197554021 n 383964385 716404090303435 8762848968983350827 n
383956383 716403946970116 8478262581093886218 n 382760179 716404056970105 2264628927282651145 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel