05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR IBU HAMIL SIRI 2/2023

seminar ibu hamil 1

19 September 2023 | 3 Rabiulawal 1445H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) telah mengadakan Seminar Ibu Hamil Siri 2/2023 bertempat di Dewan Seminar, Aras 1, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Program yang telah dihadiri oleh 30 orang peserta ini dilaksanakan mengikut Modul Kelahiran dan Kehamilan yang merupakan salah satu daripada Modul Pembangunan Keluarga Islam. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan anak sejak dari rahim ibunya lagi. Di samping itu, perkongsian berkaitan pengambilan makanan yang baik dan berkhasiat semasa kehamilan serta memberi kefahaman kepada para peserta terutama wanita tentang ibadah dalam keadaan-keadaan tertentu.

Penyampai slot bagi sesi pertama bagi seminar kali ini ialah YBrs. Dr. Izyan Dhaniah binti Mohd Idris, Pegawai Perubatan di KKKL. Topik yang dibincangkan ialah tentang proses kewujudan dan tumbesaran bayi dalam kandungan serta isu-isu yang berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran. Slot kedua pula berkaitan dengan penyusuan dan pemakanan yang sihat bagi ibu dan bayi yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Aiman Dalila binti Mahmood, Pegawai Sains Pemakanan, KKKL. Manakala slot terakhir telah disampaikan oleh YBrs. Ustazah Siti ‘Aisyah binti Harun, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memfokuskan kepada permasalahan empat jenis darah dan ibadah.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta terutama dalam membuat persediaan untuk menjadi ibu dan ayah; yang bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta memahami akan kewajipan ibadah pada waktu dan keadaan-keadaan tertentu.

seminar ibu hamil 2 seminar ibu hamil 3
seminar ibu hamil 4 seminar ibu hamil 5
seminar ibu hamil 6 seminar ibu hamil 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel