05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 6 /2023

WhatsApp Image 2023 09 20 at 4.32.14 PM 1

20 SEPTEMBER 2023M | 4 RABIULAWAL 1445H (RABU) – JAWI meneruskan siri jelajah Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 6/2023. Seramai 80 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Telekom Malaysia telah menyertai program ini. Program kali ini diadakan di Digital Theater, TM Digital Academy, Cyberjaya.

Antara slot ceramah yang disediakan bertajuk "Institusi Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan Prestasi Kerja” oleh Us Rosli bin Daud daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Slot kedua “Rezeki Berkat ” oleh Us Wan Md Fadzli bin Wan Hamzah.

Objektif utama program ini ialah bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.

Program turut dihadiri oleh Puan Ir Norhasita binti Mohd Yusoff mewakili Badan Agama Islam Telekom (BAKIT) dan Tuan Hj Mohd Asri bin Mohd Zain mewakil Surau Menara TM Kuala Lumpur. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ustaz Saiful Azhar bin Wahab, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

WhatsApp Image 2023 09 20 at 4.32.14 PM 379805805 712793677331143 7098254660703646583 n
379930178 712793777331133 927197098723691165 n 381574254 712793733997804 3568828611952931332 n
380354602 712793810664463 8832844036338332432 n 381556330 712793837331127 3251115238570006376 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel