05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PROFESIONALISME PENDAKWAH TAHUN 2023

379840661 712808440663000 1706268159700030259 n

20 SEPTEMBER 2023M | 4 RABIULAWAL 1445H (RABU) – Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), JAWI telah menganjurkan Seminar Profesionalisme Pendakwah Tahun 2023 bertempat di Dewan Seminar 4, Masjid Negara Kuala Lumpur. Objektif seminar ini adalah untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang kompeten dalam menjalankan tugas sebagai pendakwah dan kemahiran menyampaikan dakwah secara berhikmah, harmoni dan rahmah.

Seramai 60 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Seminar ini dimulakan dengan pengisian Slot 1 bertajuk Dakwah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah, Pengerusi PERKIM Selangor. Manakala Penceramah Slot ke 2 oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh seorang Kaunselor Berdaftar yang tidak asing lagi telah berkongsi ilmu Kaunseling Dalam Dakwah.

Para peserta turut didedahkan dengan sesi ceramah bertajuk Antara Dakwah & Kerja Sosial yang telah disampaikan oleh Dr. Noralina binti Omar Pensyarah Kanan daripada Jabatan Pentadbiran Sosial dan keadilan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya yang juga aktivitis sosial.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya turut mengambil ruang pada Seminar ini untuk berkongsi ilmu dan maklumat semasa berkaitan ancaman sosial semasa dalam masyarakat berkaitan HIV/AIDS melalui ceramah bertajuk Dakwah & Remaja - Realiti Masa Kini yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Erfan Bin Edros, Pegawai Perubatan daripada Unit HIV/STI/Hepatitis C.

Seminar melalui siri ceramah dan perkongsian oleh para penceramah memberi nilai tambah kepada pegawai dan kakitangan JAWI yang terlibat sebagai agen penyampai dakwah kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.

379829979 712808470662997 7386569280594628392 n 379782638 712808533996324 4598579294090098983 n
379925958 712808577329653 2129001071888998157 n 380156149 712808627329648 8509864008534231110 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel