05:38
Imsak
05:48
Subuh
13:00
Zohor
16:19
Asar
18:58
Maghrib
20:09
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMBANGUNAN REMAJA TAHUN 2023

seminar remaja 1

12 September 2023 | 26 Safar 1445H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Seminar Pembangunan Remaja Tahun 2023 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur.

Seminar yang dijayakan di Dewan SMK Yaacob Latif ini menggunakan Modul Pembangunan Remaja, iaitu salah satu Modul Pembangunan Keluarga Islam yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seminar ini telah disertai oleh 80 orang pelajar yang terpilih dari kalangan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat.

Seminar yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada remaja berkaitan matlamat hidup dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah Allah SWT. Di samping itu, membantu para pelajar dalam menjaga diri, membina sahsiah peribadi dan jati diri serta mampu menangkis dari sebarang anasir yang boleh mempengaruhi pemikiran dan kewarasan  akal fikiran sehingga terjebak dengan perkara-perkara yang negatif.

Majlis Perasmian Seminar ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Che Zaviah binti Abdullah, Pengetua SMK Yaacob Latif dan seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK JAWI.

Dua penceramah jemputan bagi seminar ini ialah YBrs. Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah, Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM dengan tajuk ceramahnya, “Membentuk Keperibadian Cemerlang - Ulul-Albab dan Qawiyyul Amin". Manakala Cik Nor Huda Izaty binti  Azahar, Pegawai Psikologi dari Pusat Kesihatan Mental Kebangsaan telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Remaja dan Kesihatan - Mengurus Tekanan dan Emosi".

Semoga penganjuran seminar ini dapat memberi pendedahan ilmu kepada para peserta, membuka minda dan kesedaran dalam membentuk keperibadian dan jati diri yang cemerlang mengikut syariat Islam.

seminar remaja 2 seminar remaja 3 2
seminar remaja 5 seminar remaja 11
seminar remaja 6 seminar remaja 7
seminar remaja 8 seminar remaja 9
seminar remaja 4 seminar remaja 10

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar