05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM TAHUN 2023

diskusi 1

6 September 2023 | 20 Safar 1445H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan program Diskusi Kekeluargaan Islam tahun 2023 di Dewan Kuliah 1, Bangunan Praklinikal, HCTM, UKM. Program ini merupakan anjuran Unit Runding Cara, BPPK dengan kerjasama Pusat Islam HCTM, UKM, Kampus Kuala Lumpur.

Program bermula dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Timbalan Pengarah Pusat Islam UKM dan Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur diikuti ucapan balas oleh YBrs. Dr. Adam bin Drahman, Penolong Pengarah Kanan, BPPK, JAWI merangkap Penyelaras Program Diskusi Kekeluargaan Islam Tahun 2023.

Meningkatkan kefahaman dan kepentingan institusi kekeluargaan Islam khususnya dalam memainkan peranan mereka ketika berhadapan dengan konflik keluarga merupakan matlamat utama penganjuran Program Diskusi Kekeluargaan Islam pada kali ini.

Antara pengisian program ialah penceramah mengupas topik yang bertajuk "Keluarga Bahagia, Keluarga Syurga dan Cabaran Keluarga Masa Kini" yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Izwan Md. Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM. Seramai 50 orang peserta yang mengikuti program tersebut. Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.

diskusi 2 diskusi 3
diskusi 4 diskusi 5
diskusi 6 diskusi 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel