05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM "FASA SEMARAK KASIH"

Kursus Pasca 1

10 September 2023 | 24 Safar 1445H (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pascaperkahwinan Islam “Fasa Semarak Kasih” bermula 8 hingga 10 September 2023 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Kursus ini dilaksanakan berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam yang dibangunkan oleh JAKIM bersama rakan strategik bertujuan untuk membantu menyemarakkan hubungan suami isteri selain dari memberi ilmu tambahan berkaitan rumahtangga dan kekeluargaan. Kursus yang dianjurkan secara percuma selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator berpengalaman dengan pelbagai pengisian menarik seperti motivasi, pengurusan kesihatan, kewangan, kerohanian serta aktiviti santai antara suami isteri.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan YBrs. Puan A’azah binti Awang Kechik, Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK, JAKIM mewakili Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

Seramai 10 pasangan terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan yang telah menempuh alam rumahtangga dalam tempoh perkahwinan antara 11 hingga 20 tahun (Fasa Semarak Kasih). 

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memberi kefahaman dan pendidikan yang komprehensif kepada pasangan suami isteri agar lebih bertoleransi, berkasih sayang, saling memahami, mampu menangani konflik dan sebagainya dalam membina rumahtangga yang sejahtera dan diredhai Allah SWT.

Kursus Pasca 2 Kursus Pasca 3
Kursus Pasca 4 Kursus Pasca 3
Kursus Pasca 12 Kursus Pasca 5
Kursus Pasca 3 Kursus Pasca 3
Kursus Pasca 3 Kursus Pasca 3
Kursus Pasca 13

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel