05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH: PERBAIKI SOLATKU

WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.49 AM

29 OGOS 2023M | 13 SAFAR 1445H (SELASA) – Alhamdulillah JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bah. Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Pusat Zon 2 dan Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati telah melaksanakan Seminar Pemantapan Ibadah:Perbaiki Solatku bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada mualaf. Alhamdulillah seminar telah dihadiri seramai 80 mualaf daripada pelbagai latar belakang pengislaman. Perkongsian ilmu berkaitan pemantapan solat telah diberikan oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM Wilayah Persekutuan.

Sesi latihan dalam kumpulan di akhir slot ceramah memberikan ruang dan peluang kepada para peserta mengendalikan pembentangan kumpulan berdasarkan kefahaman yang diperolehi sepanjang sesi ceramah yang dilaksanakan. Alhamdulillah komitmen dari para peserta amat memuaskan. Seminar ini ditangguhkan dengan Majlis perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Ustazah Majidah binti Hj Mokhtar, Ketu Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, BPD JAWI.
Semoga seminar ini dapat memantabkan serta memperkukuhkan ibadah para mualaf khususnya solat dan umumnya akidah islamiah.

WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.44 AM 1 WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.45 AM 1
WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.47 AM WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.47 AM 2
WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.46 AM WhatsApp Image 2023 08 30 at 10.38.45 AM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel