05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 TAHUN 2023

Kelas Akta 1

28 Ogos 2023 | 11 Safar 1445H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1/2023 pada 28 Ogos 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Dalam kelas pada kali ini, YBrs. Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku penceramah jemputan telah membahaskan peruntukan Akta 303 bermula dari awal iaitu Bahagian 1 (Permulaan), bermula Seksyen 1 berkaitan Tajuk Ringkas, Pemakaian dan Permulaan Kuat Kuasa.

Dalam membicarakan Seksyen 1 ini, penceramah juga telah menjelaskan secara terperinci tentang susunan seksyen dalam Akta 303 bermula Bahagian I hingga Bahagian X, seksyen dan subseksyen yang dipotong, dipinda serta yang ditambah dalam akta ini. Manakala bagi Seksyen 2 (Tafsiran), penceramah telah menjelaskan secara mendalam tentang tafsiran-tafsiran dalam Akta 303 bermula perkataan “Akta Pentadbiran” sehingga selesai iaitu pada tafsiran “Wilayah-Wilayah Persekutuan”.

Program ini telah disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, wakil jabatan dan bahagian berkaitan serta pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia. Program ini juga turut disertai oleh wakil daripada JAWI Labuan secara dalam talian iaitu melalui platform Zoom.

Rata-rata peserta yang hadir telah mengambil peluang untuk bertanya soalan tentang peruntukan-peruntukan dalam Akta 303 yang dibahaskan dan juga tentang isu-isu semasa berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk yang sering menjadi persoalan oleh masyarakat umum.

Secara keseluruhannya, program ini sangat memberi manfaat kepada para peserta dan wajar diteruskan lagi pada masa akan datang demi meningkatkan lagi tahap kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan antara rujukan utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Kelas Akta 2 Kelas Akta 3
Kelas Akta 4 Kelas Akta 5
Kelas Akta 6 Kelas Akta 7
Kelas Akta 9 Kelas Akta 13 2
Kelas Akta 10 Kelas Akta 11
Kelas Akta 12 Kelas Akta 14
Kelas Akta 15

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar