05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF BAHARU KEKAL MOMENTUM DAN FOKUS SERTAI KIFA ASAS

370684011 701191195158058 755337560877401347 n

26 OGOS 2023M | 9 SAFAR 1445H (SABTU) – KIFA Siri 8/2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023 bersamaan 9 Safar 1445 Hijri. Alhamdulillah, kehadiran yang cukup memberansangkan seramai 30 peserta mualaf baharu berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Ada dikalangan mereka terdiri dari golongan professional, mahasiswa IPT, usahawan dan sebagainya.

Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Puan Khadijah Saraspathy Abdullah, Seorang Guru Pembimbing Mualaf yang berpengalaman dan Ustaz Khairul Nizam bin Awang Kechik yang merupakan pendakwah bebas dan Guru Pembimbing Mualaf Selangor sangat membantu peserta kifa dalam memahami perkara asas fardhu ain. Pengalaman para penceramah dalam menguasai pelbagai bahasa dan perkongsian pengalaman sangat membantu dalam memberi kefahaman kepada golongan saudara baru pada kursus kali ini.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator dari kalangan guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia sekitar Kuala Lumpur berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam. KIFA siri 9/2023 akan menyusul pada awal September ini.

370798439 701191415158036 7435202866292119314 n 371798865 701191301824714 9037557676877535225 n
370930178 701191521824692 1112250866506855917 n 371032139 701191501824694 6095129243931156579 n
370856037 701191468491364 5327209175066306188 n 370829876 701191385158039 891993791667642603 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel