05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA DAN JAWATANKUASA PENDAMAI TAHUN 2023

Kursus RC JKP 1

20 Ogos 2023 | 3 Safar 1445H (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Kursus Kemahiran Runding Cara dan Jawatankuasa Pendamai pada 18 hingga 20 Ogos 2023 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di A’famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka.

 Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik khidmat nasihat, runding cara serta Jawatankuasa Pendamai yang berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan kekeluargaan Islam. Selain itu, kursus ini bertujuan memberikan input kepada para peserta dalam melaksanakan kaedah penyelesaian masalah atau aduan klien dengan lebih strategik dan berkesan.

Seramai tiga orang penceramah telah menyampaikan ceramahnya sepanjang kursus berlangsung iaitu YBrs. Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), YBrs. Encik Muhammad Khairul Amin bin Alias, Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan YBrs. Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).

Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan dan YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK.

Seramai 24 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Runding Cara, fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), fasilitator Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA) serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan.

Diharap penganjuran kursus seperti ini dapat memantap dan menambah baik perkhidmatan runding cara dan Jawatankuasa Pendamai yang lebih berkualiti, komprehensif dan bersepadu kepada kumpulan sasar yang memerlukan demi memastikan keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan Islam dapat diwujudkan seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Kursus RC JKP 11
Kursus RC JKP 8 Kursus RC JKP 15
Kursus RC JKP 9
Kursus RC JKP 12 Kursus RC JKP 16
Kursus RC JKP 13
Kursus RC JKP 17 Kursus RC JKP 19
Kursus RC JKP 18
Kursus RC JKP 6 Kursus RC JKP 3
Kursus RC JKP 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel