05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN TULISAN BRAILLE OKU PENGLIHATAN SIRI 14/23

WhatsApp Image 2023 08 21 at 9.45.59 AM

20 OGOS 2023M | 3 SAFAR 1445H (AHAD) – Telah berlangsung Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille Siri 14/2023 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).

Seramai 69 orang peserta telah menjalani kelas yang diadakan secara bertahap (Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan). Seramai 4 orang tenaga pengajar daripada PERTIS menjadi pembimbing bagi kelas yang diadakan ini, iaitu Ustaz Shahril Azrie (Kelas Tahap 1 Asas), Ustaz Mohd Khairi (Kelas Tahap 1 Muqadam), Ustaz Sharif (Kelas Tahap 2 Tajwid) dan Ustaz Ahmad Daniel (Kelas Lanjutan).

Bagi tahun ini, sebanyak 18 siri kelas bagi setiap tahap yang diadakan secara serentak dalam 2 sesi iaitu sesi pertama bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan sesi kedua bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Kompleks MAB yang menyediakan tempat dan fasiliti. Program ini adalah salah satu daripada inisiatif JAWI untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) khusus kepada warga OKU Penglihatan melalui Kelas Bimbingan Al-Quran Tulisan Braille.

WhatsApp Image 2023 08 21 at 9.45.32 AM WhatsApp Image 2023 08 21 at 9.46.17 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel