05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI LAKSANA BENGKEL MODUL IKON MUALAF

WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.16 PM

17 OGOS 2023M | 30 MUHARAM 1445H (KHAMIS) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan telah berjaya melaksanakan program Bengkel Modul Ikon Mualaf 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel , Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pelaksanaan program Ikon Mualaf ini telah termaktub dalam Pelan Strategik Pegurusan Mualaf Wilayah Persekutuan 2022-2026 di bawah Teras Strategik 2 iaitu Memperkasakan Pembangunan Modal Insan Mualaf Seiring Arus Perdana. Program Ikon Mualaf ini kita masukkan dalam elemen Strategi 4 iaitu Mempromosi Potensi dan nilai Murni Mualaf. Inisiatif Ikon Mualaf ini juga merupakan kerjasama antara pihak JAWI dan para NGO dan melatih dan membentuk mualaf yang berkomitmen tinggi dalam akidah dan syariat Islam serta boleh dijadikan model atau duta kepada Islam dalam menyampaikan mesej kepada golongan yang masih belum Islam.

Bengkel selama 3 hari ini telah dikelolai oleh Jawatankuasa Belia Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan iaitu Cik Nur Ain Sumaiyah binti Abdullah dan En.Robert Ta Honn Yu bersama Ahli Panel Penggubal Modul Iaitu Prof Madya Dr.Norrodzoh binti Hj Siren, Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Alhamdulillah peserta bengkel yang hadir seramai 26 orang mewakili NGO Islam khususnya dalam pengurusan hal ehwal mualaf telah memberikan komitmen dan pelbagai idea yang cukup bernas sepanjang bengkel ini dilaksanakan. Sesi bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah-Wilayah Persekutuan, Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah telah memberikan gambaran dan harapan yang cukup jelas kepada para peserta bengkel dalam bersama-sama menghasilkan modul sebaik mungkin bagi melestarikan kemenjadian projek Ikon Mualaf Wilayah Persekutuan.

Majlis perasmian penutup bengkel modul ikon mualaf telah disempurnakan oleh Tn.Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI pada hari ketiga bengkel dilaksanakan. Harapan pengurusan tertinggi JAWI agar program IKON MUALAF ini berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Dakwah Bil Hikmah dan Mualaf Wilayah Persekutuan diperkasa.

WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.17 PM 1 WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.19 PM
WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.25 PM WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.21 PM 1
WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.26 PM WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.22 PM
WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.17 PM 2 WhatsApp Image 2023 08 18 at 2.39.23 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel