05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 3/2023

364808150 693725495904628 7265685491371311811 n

10 OGOS 2023M | 23 MUHARAM 1445H (KHAMIS) – JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 3/2023 bertempat di Masjid Jamek Alam Shah, Kuala Lumpur. Kursus ini telah disertai oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya.

Para peserta diberi pendedahan berkaitan Hakikat Kematian, Adab Menziarahi Pesakit dan Kewajipan Terhadap Jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Zabidin daripada Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi seterusnya para peserta didedahkan dengan aktiviti berkumpulan secara amali pengurusan jenazah meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian.

Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan turut dihadiri YBhg. Datuk Syed Mehdhar bin Syed Abdullah, Pengerusi Masjid Jamek Alam Shah, Kuala Lumpur.

 
364794503 693725682571276 2053833997142634627 n 366551714 693725632571281 5569496450523459824 n
364794299 693725712571273 7528263196934194062 n 367000003 693725759237935 3656087781499557922 n
366935081 693725785904599 3824424486353406526 n 364799719 693725672571277 6368439990013492053 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel