05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT ASAS DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT MAKLUMAN PELANTIKAN PNCR DAN PPNCR WILAYAH PERSEKUTUAN

Taklimat PNCR 1

9 Ogos 2023 | 22 Muharram 1445H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan program Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Makluman Pelantikan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Bilik Mesyuarat BPPK dan Dewan Syura Perdana, Tingkat 11, Kompleks Pusat Islam, JAWI.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan menyerahkan surat makluman pelantikan ini kepada 14 orang penerima, iaitu 9 orang Pendaftar (PNCR) merangkap Wali Raja (3 PNCR setiap wilayah) dan 5 orang Penolong Pendaftar (PPNCR) iaitu 4 orang PPNCR Kuala Lumpur dan seorang PPNCR Labuan.

Turut hadir, YBrs. Pn. Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan (KPNCR) dan YBrs. Pn. Sharidah binti Zainal Abidin, KPPK JAWI Labuan sebagai wakil penerima surat lantikan PNCR dan PPNCR Labuan.

YBhg. Datuk Pengarah JAWI dalam ucapannya telah memberi amanat kepada para penerima tauliah dengan menyatakan lantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya untuk masyarakat Islam dalam urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) di Wilayah-wilayah Persekutuan.

YBhg. Datuk Pengarah JAWI juga memaklumkan satu perjumpaan yang melibatkan penyertaan semua PNCR dan PPNCR iaitu program “Townhall Pengarah JAWI bersama PNCR dan PPNCR Wilayah-wilayah Persekutuan” akan diadakan pada 14 Ogos 2023 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Semua PNCR dan PPNCR diarahkan hadir ke program ini untuk berdialog mengenai isu-isu NCR demi memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian JAWI/MAIWP kepada para pelanggan dan umat Islam umumnya.

Jabatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pemegang tauliah baharu atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Taklimat PNCR 2 Taklimat PNCR 3
Taklimat PNCR 4 Taklimat PNCR 5
Taklimat PNCR 6 Taklimat PNCR 7
Taklimat PNCR 8 Taklimat PNCR 9
Taklimat PNCR 10 Taklimat PNCR 11
Taklimat PNCR 12 Taklimat PNCR 13
Taklimat PNCR 16 2 Taklimat PNCR 14 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel