05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN NCR, RC DAN SPPIM DI JAWI LABUAN

Audit SPPIM Labuan 1 2

2 Ogos 2023 | 15 Muharram 1445H (Rabu) – Selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Labuan selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2023 (Isnin hingga Rabu).

Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu aktiviti/program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-wilayah Persekutuan. Audit pada tahun ini adalah susulan kepada audit yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan bersama empat orang juruaudit yang dilantik secara dalaman. Skop pengauditan memfokuskan kepada urusan kebenaran berkahwin, permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim, pendaftaran nikah, cerai dan rujuk, permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P), RC dan Jawatankuasa Pendamai (JKP), SPPIM dan backlog data NCR serta pembayaran fi.

Hasil daripada audit yang dijalankan, secara keseluruhannya pasukan audit mendapati bahawa tadbir urus NCR dan RC di JAWI Labuan telah dilaksanakan dengan sangat baik di mana banyak penambahbaikan dan penyelarasan telah dibuat terhadap hasil penemuan dan teguran audit yang telah diberikan pada tahun 2022. Walaupun demikian, terdapat beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Labuan selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Audit SPPIM Labuan 2.2 Audit SPPIM Labuan 6.2
Audit SPPIM Labuan 7 2
Audit SPPIM Labuan 10.2 Audit SPPIM Labuan 11.2
Audit SPPIM Labuan 12.2
Audit SPPIM Labuan 14.2 Audit SPPIM Labuan 13.2
Audit SPPIM Labuan 15.2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel