05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KONVENSYEN MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN 2023

358141148 688606336416544 73745437526797006 n

31 JULAI 2023M | 13 MUHARAM 1445H (ISNIN) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjaya melaksanakan program Konvensyen Mualaf Wilayah Persekutuan 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Program konvensyen yang dijalankan secara dwitahunan ini bertujuan sebagai platform pertemuan mualaf daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik serta budaya untuk menyalurkan pendapat dan bertukar pandangan dalam suasana mahabbah dan harmoni. Selain itu ianya dapat menjalin persefahaman dan kerjasama yang lebih erat di kalangan saudara baru dan NGO yang menguruskan mualaf serta pihak lain yang berkaitan. Konvensyen Mualaf ini juga adalah sebagai satu wadah untuk mencari titik persamaan dan jalan penyelesaian bagi permasalahan berkaitan mualaf di Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, seramai hampir 400 peserta Mualaf berjaya mengikuti dengan sebaiknya 2 slot forum yang menampilkan 4 tokoh yang amat berpengalaman. Antara ahli panel yang berjaya menyampaikan sesi perkongsian adalah Tn.Hj Nicholas Sylvestre mewakili NGO Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia, Ustaz Muhammad Shah Shanmuga bin Abdullah dari Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang, Tn. Hj. Muhammad Fitri bin Abdullah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Bro Lim Jooi Soon yang merupakan Pengasas Interaktif Dakwah Dan Tarbiyah (IDT). Pelbagai perkongsian dan ilmu yang bermanfaat dikongsikan oleh ahli panel secara 2 hala dan amat menarik dengan daya tarikan daripada moderator santai iaitu Tn.Hj Abd Ghaffar bin Sharif mewakili NGO Gabungan Dakwah Malaysia dan En.Fadhli bin Burhan dari Interaktif Dakwah Tarbiyah (IDT).

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah-Wilayah Persekutuan dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Islam Wilayah Persekutuan. Antara intipati majlis perasmian adalah ucapan tahniah dan syabas kepada semua peserta mualaf yang menyertai konvensyen yang sentiasa proaktif dan meningkatkan ilmu dan amal untuk diri sendiri. Selain itu, penghargaan diucapkan kepada para pegawai JAWI dan NGO yang bersama-sama bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program sepanjang Bulan Menyantuni Mualaf 2023 pada bulan Julai ini.

 
358127753 688606469749864 3302664282204871297 n 364790298 688606443083200 4821497945091680965 n 364636464 688606586416519 6448696209492076405 n
364633958 688606563083188 3962723683835060468 n 364673282 688606676416510 5061740269784196039 n 364683968 688607486416429 5513252171442422604 n
364786239 688607123083132 4568395786371721094 n 364633081 688607219749789 4449290465271854373 n 358136680 688606819749829 2464141800629005691 n
364653885 688607159749795 8202956017265560472 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel