05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1445H/2023M

363410118 686278319982679 5933991691916491521 n

26 JULAI 2023M | 8 MUHARAM 1445H (RABU) – “Perpaduan Teras Malaysia Madani” diangkat menjadi tema Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan pada hari ini. Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran JAWI dengan kerjasama agensi dan Rakan Strategik JAWI telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis Sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Dr. Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP), Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, dan YBrs Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan ketua-ketua agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Intipati utama dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ialah penekanan terhadap peranan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sebagai pusat yang menyatukan ummah dengan pelbagai program kerohanian dan kemasyarakatan. Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga perlu diangkat sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam untuk membentuk individu dan masyarakat yang menghayati ajaran agama.

Seramai lima (5) orang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2023M telah dinobatkan dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1445H/ 2023M yang berlangsung hari ini. Pengumuman penganugerahan tokoh dan anugerah khas telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

JAWI merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M.

 
363421651 686278829982628 1376494490275757869 n 363302750 686278886649289 6386650124825777443 n 358523362 686278866649291 2203838720297425816 n
363390431 686278923315952 3015381927341850080 n 363428400 686278946649283 2294897847575261706 n 363446063 686278536649324 8540238425259888190 n
363388696 686278579982653 6083495806930977224 n 363424531 686278506649327 40316005428389539 n 363444342 686278453315999 1353077446495635850 n
357485230 686278616649316 1577110309295597696 n 363388049 686278673315977 608711175706162501 n 357485835 686278689982642 3915527130408302961 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel