05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMAHAMAN HAK MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN 2023

363832747 686907203253124 3110989591473612566 n

27 JULAI 2023M | 9 MUHARAM 1445H (AHAD) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf sempena Bulan Menyantuni Mualaf Wilayah Persekutuan 2023. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.

Alhamdulillah, sebanyak 120 peserta berjaya hadir serta dapat memahami dengan sebaiknya penerangan yg telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dari JAWI dan Ustaz Saiful Hafiz bin Abdullah dari Bahagian Baitulmal, MAIWP.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Semoga seminar ini memberi kefahaman yang sebaiknya kepada asnaf mualaf untuk terus memahami hak mereka seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.

 
363777261 686907316586446 9207753217052145363 n 363787853 686907263253118 9151204342890948505 n
363817092 686906599919851 7089653932676011274 n 363820262 686906636586514 5548504720538078251 n
363835472 686907389919772 3541941602154635295 n 363828629 686907369919774 8386814644745548767 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel