05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SLOT DAKWAH JAWI MELALUI BICARA SANTAI PADA PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI PPR BERSAMA PPZ-MAIWP

362989802 685296593414185 6834384703998273275 n

23 JULAI 2023M | 5 MUHARAM 1445H (AHAD) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah berkolaborasi dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi menjayakan Program Karnival Komuniti PPR bersama PPZ-MAIWP pada 23 Julai 2023 bertempat di Dataran Komuniti PPR Pantai Ria Kuala Lumpur.

Program Bicara Santai bertajuk “Apa Khabar Jiran Sebelah?” yang dikendalikan oleh Ustaz Naufal Mahpuzillah selaku moderator bersama barisan panel yang terdiri daripada Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman dan Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin. Kedua-duanya merupakan Eksekutif Kanan PPZ dan Imam Muda Hassan, Pendakwah Selebriti.

Sesi Bicara Santai ini telah menarik minat para penduduk PPR yang menyentuh tentang perkara-perkara yang sinonim dalam kehidupan berjiran dan bermasyarakat dalam kaca mata Islam. Semoga penganjuran program ini dapat memberi kefahaman Islam kepada masyarakat khususnya warga PPR sekaligus merapatkan hubungan JAWI dengan masyarakat.

 
363362516 685296480080863 6747724522954329280 n 362970677 685296520080859 5383455757329647282 n
362999886 685296553414189 3073372411189331904 n 363015730 685296440080867 7270513058024716780 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel