PROGRAM ZIARAH RAMAH KE HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
18 JULAI 2023M | 29 ZULHIJAH 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dengan kerjasama Hospital Tunku Azizah (HTA) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HTA melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 5.
Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Maal Hijrah 1445H bertujuan menyantuni para pesakit melalui penyampaian sumbangan barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj Nor Mukshar Harun, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pemasaran Digital PPZ MAIWP.
Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut melalui program dakwah ke lapangan sebagai sokongan moral kepada para pesakit. Turut bersama pada program ini ialah YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah HTA.
JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HTA dan PPZ MAIWP, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal dan kebajikan pesakit antara JAWI, HTA dan PPZ MAIWP dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan