05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PERKASA MUALAF DAN DAKWAH NON MUSLIM MELALUI KARNIVAL HARMONI MADANI 2023

362691309 684970596780118 7158311089903489500 n

23 JULAI 2023M | 5 MUHARAM 1445H (AHAD) – JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, telah menganjurkan Karnival Harmoni MADANI 2023 sempena Bulan Menyantuni Mualaf Wilayah Persekutuan 2023. Progam selama 2 hari bermula 22 – 23 Julai 2023 diadakan di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti disediakan untuk golongan mualaf Wilayah Persekutuan dan masyarakat bukan Islam. Sebanyak 13 Pertubuhan NGO mualaf turut menyertai dan bekerjasama dalam program ini.

Karnival Harmoni MADANI yang berkonsepkan edutainment ini menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti Seminar Pemantapan Ibadah, Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Azan, Gubahan, Acara Dart, Mewarna, Kuiz, Dialog Harmoni & Masjid Tour. Selain itu juga, sebanyak 200 sumbangan barang keperluan harian telah diagihkan kepada asnaf setempat dan golongan mualaf.

Karnival ini dimeriahkan dengan Persembahan Kebudayaan yang menggambarkan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama melibatkan masyarakat Cina, India dan Melayu seperti Gendang Cina, Gendang India & persembahan silat. Pelbagai hadiah juga disediakan untuk para pengunjung. Karnival ini disempurnakan oleh YBrs Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan, JAWI.

 
362256368 684970390113472 2771822519069658236 n   362679354 684970360113475 6147006634891044216 n
362693480 684970630113448 2831390642571510737 n   362950409 684970523446792 8546563689053552706 n
363295731 684970720113439 5423562612956360520 n   362912315 684970293446815 6242632227089543626 n
362942618 684970486780129 2995980338224113865 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel