05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH WANITA BERSAMA MUSLIMAT MASJID AL-MUKHLISIN ALAM DAMAI

353054171 662357595708085 3136601034008956123 n

29 MEI 2023M | 9 ZULKAEDAH 1444H (ISNIN) – Alhamdulillah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita sepanjang bulan Mei tahun 2023.

Kuliah siri pertama dimulakan dengan kupasan tadabbur Surah Al-Mulk yang telah disampaikan oleh penceramah bebas yang juga seorang penyanyi nasyid iaitu Ustaz Izmir Fareez bin Noorazalan. Siri ke-2 pula mengupas topik yang sesuai dengan sambutan Aidilfitri yang sedang disambut meriah oleh umat Islam, "Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim". Manakala siri ke-3 diteruskan dengan tajuk "Wanita, Semakin Menjaga Semakin Berharga" yang telah disampaikan oleh Eksekutif Kanan PPZ, Ustazah Nurul Hidayah binti Kamaruddin.
 
Siri seterusnya pula disampaikan oleh pemenang tempat pertama Da’i Musim Ke-5 iaitu Da’i Hakim bertajuk "Jiran Disantuni, Hidup Diberkati". Seterusnya siri terakhir disempurnakan oleh penceramah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Hajah Zawiah binti Hassan dengan tajuk "Amalan Wanita Agar Tidak Memasuki Neraka".
 
Seramai 70 orang peserta dalam kalangan muslimat ahli kariah masjid telah hadir mengikuti setiap siri majlis ilmu ini. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman Islam kepada muslimat yang hadir.
353057634 662357569041421 5579240564558044619 n 352823507 662357565708088 5389578029192266913 n
353017763 662357525708092 1351149297088947154 n 353006220 662357602374751 4982349245778464293 n
353028650 662357545708090 159042982981669431 n 353043704 662357709041407 1323290750883747799 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel