05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT MENAIK TARAF PELAMIN JAWI

Mesyuarat Naik Taraf Pelamin 1

6 April 2023 | 15 Ramadan 1444H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan mesyuarat  bersama beberapa pengusaha Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan bagi membincangkan cadangan menaik taraf pelamin JAWI, bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, BPPK, JAWI Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI. Turut hadir bersama YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK dan Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan BPPK. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea, pandangan, cadangan serta sumbangan daripada pengusaha-pengusaha Pusat Kursus Praperkahwinan Islam bagi menambah baik dan mencantikkan lagi pelamin sedia ada di Aras 3, BPPK, JAWI. 

Pelamin sedia ada perlu ditambah baik dan dinaik taraf memandangkan penggunaan pelamin ini telah menjangkau hampir tiga tahun di samping kekerapan penggunaannya saban hari. Ia juga sebagai salah satu projek Rahmah Jabatan ini dan menepati konsep Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini sebagai alternatif kepada golongan B40 untuk menjalani majlis akad nikah. 

Peranan dan sumbangan pengusaha Pusat Kursus Praperkahwinan Islam dalam pembinaan keluarga di Wilayah Persekutuan juga tidak dapat dinafikan. Justeru, pengusaha pusat-pusat kursus ini sedia bekerjasama dan turut berganding bahu bersama BPPK bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT serta memberi keceriaan kepada pasangan pengantin yang baru melangkah ke alam rumahtangga.

Mesyuarat Naik Taraf Pelamin 2 Mesyuarat Naik Taraf Pelamin 3
Mesyuarat Naik Taraf Pelamin 4 Mesyuarat Naik Taraf Pelamin 5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel