05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 2/2023

WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 9

30 MEI 2023M | 10 ZULKAEDAH 1444H (SELASA) – YBrs. Puan Hajah Khatijah Binti Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Jenazah Bil.2/2023 yang bertempat di Bilik Seminar Masjid Negara. Kursus selama satu hari ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI.

Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Hakikat Kematian, Adab Menziarahi Pesakit Serta Persiapan Awal Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh oleh Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Dakwah JAWI. Mana kala sesi kedua pula para peserta didedahkan dengan topik Hukum Faraid (Harta Pusaka) yang disampaikan oleh Ustaz Ilham bin Che Daud @ Zakaria, Penolong Pengarah Kanan Darul Quran JAKIM.

Para peserta kemudiannya diberi pendedahan pengurusan jenazah secara amali melalui praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan tatacara pengkebumian.

Semoga para peserta beroleh manfaat dalam ilmu fadhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah dan dapat dipraktikkan untuk manfaat bersama di samping meningkatkan nilai tambah dalam diri.

WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 2 WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 10
WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 8 WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM
WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 5 WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 13
WhatsApp Image 2023 05 31 at 2.58.15 PM 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel