06:08
Imsak
06:18
Subuh
13:30
Zohor
16:47
Asar
19:29
Maghrib
20:39
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH WANITA SIRI 4 TAHUN 2023

345595714 261163512984058 3204678535578406752 n

9 MEI 2023M | 18 SYAWAL 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Al-Imam Asy-Syafie telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 4 Bagi Tahun 2023. Pengisian program telah disampaikan oleh Ustazah Qurrotul Aien binti Fatah Yasin bertajuk Adab-Adab Bersedekah. Seramai 40 orang peserta di kalangan muslimat ahli kariah masjid telah hadir mengikuti majlis ilmu ini.

Kuliah yang disampaikan berdasarkan buku hasil karya penceramah sendiri iaitu 'Rahsia Wanita Syurga, Untaian Mutiara Hadith Rasulullah SAW'. Antara adab-adab bersedekah yang dikongsikan ialah mendahulukan sedekah yang wajib iaitu zakat, bersedekah dengan harta yang halal dan tidak mengungkit-ngungkit sedekah yang telah diberikan. Sebagai seorang wanita, walaupun kita tidak dikurniakan kudrat sekuat kaum lelaki, tetapi Islam tetap memberi ruang dan jalan untuk kita memberi manfaat kepada orang sekeliling, salah satunya adalah dengan amalan bersedekah.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta dalam memantapkan ilmu agama.

346260801 635179547996305 51963294464 346257503 171398455555748 182723346716149122 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel