PROGRAM ZIARAH RAMAH KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
10 MEI 2023M | 19 SYAWAL 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di PPUM melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 2.
Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Aidil Fitri 1444H bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus, Pengurus Negeri (YaPIEM) Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit.
Turut bersama pada program ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM, Prof. Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar. JAWI merakamkan terima kasih kepada PPUM dan YaPEIM, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal antara JAWI dan YaPIEM dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan