05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN & FARDHU AIN ORANG KURANG UPAYA PENDENGARAN SIRI 6/2023

WhatsApp Image 2023 05 15 at 3.21.44 PM

14 MEI 2023M | 23 SYAWAL 1444H (AHAD) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) meneruskan program pengajian Kelas Bimbingan Al-Quran & Fardhu Ain kepada Orang Kurang Upaya Pendengaran di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Pengisian disampaikan oleh Tuan Hj Aqlam Bin Jafri merangkap YDP PRISMA berkaitan Aqidah. Seramai 50 orang peserta hadir pada sesi kelas hari ini, para peserta turut diraikan dengan jamuan Aidilfitri bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Syarikat QSR Brands yang menyediakan juadah pada hari ini. Semoga penganjuran kelas ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada warga OKU, Insha Allah.

WhatsApp Image 2023 05 15 at 3.22.10 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel