05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

11 KELUARGA MUALAF DISANTUNI DI PENGHUJUNG RAMADAN AL-MUBARAK

340929047 549584454005044 6684356411952823081 n

11 APRIL 2023M | 20 RAMADAN 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Amaniah Mualaf Care Centre, Kepong (AMCC) telah melaksanakan Ziarah Mahabbah Mualaf pada hari Selasa, 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadan 1444 Hijri.

Alhamdulillah, seramai 11 keluarga mualaf telah di santuni dan diziarahi sekitar kawasan kepong. Ziarah dengan tujuan mengeratkan silaturrahim disamping memperkukuhkan akidah sesama mualaf ini mendapat kerjasama yang baik dari mualaf yang terpilih. Pelbagai perkongsian dan luahan rasa telah dapat dikongsikan sepanjang sesi ziarah ini. Team dakwah JAWI dan NGO AMCC telah bertungkus lumus memastikan sesi ziarah dilaksanakan sebaik mungkin disamping menyampaikan beberapa kalam mutiara nasihat buat sahabat mualaf yang diraikan.

Alhamdulillah, sumbangan tunai dan barangan asasi telah disampaikan dengan harapan para mualaf dapat meringankan beban keluarga dan membantu kelangsungan hidup khususnya persiapan menjelang lebaran yang bakal tiba.

Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan akidah para mualaf dan JAWI bersama NGO sentiasa komited menjaga kebajikan dengan sebaik mungkin.

340777404 708780624327524 3968553944077827448 n 340791112 867960424303587 2738357804486746018 n
340773904 618970493580383 7147927218085129947 n 340758214 986675932437554 334420631861328467 n
340761726 915864199668853 544142019467335334 n 340774076 1414278989329895 6609398594051099280 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel