05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS KAFI - SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN IFTAR PUM 203

339284688 1531623717365709 636188524744656392 n

06 APRIL 2023M | 15 RAMADAN 1444H (KHAMIS) – Telah berlangsung Kuliah KAFI Siri 1 Tahun 2023 sempena Sambutan Nuzul Al-Quran dan Iftar anjuran Bersama Bahagian Pengurusan Dakwah, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan dan Surau Al-Jamiah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di di Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (APIUM).

Program dimulakan dengan sesi forum yang bertajuk ‘Masyarakat Madani Acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Antara panel yang terlibat adalah YBhg. Datuk Mohamad bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Caw Wilayah Persekutuan, YBrs. Prof Dr Mustaffa bin Abdullah, Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith APIUM, dan YBrs. Prof. Dr. Ishak bin Suliaman, Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, APIUM dan YBrs Dr Ahmad bin Yussuf, Pensyarah Kanan, Program Pendidikan Islam, APIUM selaku moderator.

Sesi seterusnya adalah Tausiah Khas Ramadan yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr Saupi bin Man daripada Persatuan Ulama Malaysia. Hadirin turut disajikan dengan alunan ayat-ayat suci Al- Quran oleh Saudara Ahmad Solihin Baharim daripada Surah Al-Rahman. Majlis diakhiri dengan Solat Sunat Tarawih dan moreh.
Intipati daripada Kuliah KAFI kali ini adalah berkaitan konsep pembentukan masyarakat madani yang semestinya berpaksikan Al-Quran & Al-Hadith. Masyarakat Madani perlu mempunyai visi dan misi yang jelas dalam rangka memastikan keamanan, keselamatan dan kemodenan negara dan bangsa sentiasa kekal harmoni.

339312211 532616025728397 4824432221113608913 n 339292619 198786996215311 1676405458092754909 n
339296201 883421412744811 2182247415912639864 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel