05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM IHYA ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENDENGARAN

WhatsApp Image 2023 04 11 at 8.18.21 AM

09 APRIL 2023M | 18 RAMADAN 1444H (AHAD) –Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Orang Kurang Upaya(OKU) Pendengaran anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) serta Masjid As-Syakirin KLCC buat ulung kalinya bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran khusus kepada golongan OKU Pendengaran berobjektifkan untuk memupuk rasa cinta kepada Al-Quran dan menghayati ibrah disebalik peristiwa Nuzul Al-Quran. Program telah dimulakan dengan sesi forum yang bertajuk "Meraih Rahmat dan Keampunan Bulan Ramadan" oleh barisan panel yang terdiri daripada Encik Aqlam Bin Jafri merangkap YDP PRISMA dan Da'i Annas yang merupakan selebriti TV dengan menggunakan khidmat juru bahasa isyarat.

Selain itu, para peserta turut disantuni dengan pemberian sumbangan yang telah disampaikan oleh Puan Hashrina bt Ayob, Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit OKU/KSD Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Para peserta turut berbuka puasa bersama dan Solat Sunat Terawih secara berjemaah bersama para jemaah yang lain.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid As-Syakirin KLCC yang menjadi tuan rumah dengan menyediakan tempat dan fasiliti. Terima kasih tidak terhingga kepada Rakan Strategik JAWI, Syarikat QSR Brands atas komitmen memberikan sumbangan Nasi Ayamas sebagai juadah berbuka puasa para peserta.

Semoga penganjuran program ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada warga OKU dalam menghayati dan memantapkan ilmu-ilmu fardu ain.

WhatsApp Image 2023 04 11 at 8.18.20 AM WhatsApp Image 2023 04 11 at 8.18.20 AM 1
WhatsApp Image 2023 04 11 at 8.18.22 AM 1 WhatsApp Image 2023 04 11 at 8.18.22 AM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel