05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA BPPK JAWI KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Lawatan MSWP 1

25 Januari 2022 | 22 Jamadilakhir 1443H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan kunjungan hormat ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK, JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan dan turut disertai seramai tujuh pegawai kanan BPPK.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Ahmad Basyir bin Yaacob, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam ucapan aluannya, beliau mengharapkan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pihak Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JAWI. 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah antara lain untuk membincangkan penyelarasan isu-isu berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju' (NCR) dan mengenal pasti isu-isu utama serta solusinya berkaitan NCR di Wilayah Persekutuan. Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga dapat membincangkan semua isu yang berkaitan terutama melibatkan agensi ini khususnya isu-isu NCR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lawatan MSWP 3 Lawatan MSWP 2
Lawatan MSWP 4 Lawatan MSWP 1
Lawatan MSWP 5 Lawatan MSWP 6

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel