05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT SIRI 1/2023

Kelas Tafaqquh 1

15 Mac 2023 | 22 Syaaban 1444H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 1/2023 kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program pengajian ini membincangkan tajuk "Isu-isu Pernikahan Menurut Syarak" yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai isu-isu perwalian pernikahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya menurut Mazhab Imam Syafii.

Seramai 100 peserta dalam kalangan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) telah menghadiri program ini. Sebahagian besar peserta hadir secara fizikal manakala selebihnya mengikutinya melalui aplikasi Google Meet.

Kelas Tafaqquh 4 Kelas Tafaqquh 2
Kelas Tafaqquh 6 Kelas Tafaqquh 5
Kelas Tafaqquh 3 Kelas Tafaqquh 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel