05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR AMBANG RAMADAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2023M

WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.41 AM

21 MAC 2023M | 28 SYAABAN 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Seminar Ambang Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2023.

Seramai 200 orang peserta daripada hampir 50 buah agensi kerajaan, swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) telah hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi pembentangan oleh dua orang panel jemputan iaitu YBrs. Dr. Sabri bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuknya, “Ramadan - Cahaya  Madani” dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hasbullah bin Mohamad, Timbalan Pengarah, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuknya, “Al-Quran dan Sains, Keajaibannya dengan Puasa”.
 
Majlis turut diserikan lagi dgn pengisian oleh YBrs. Ustazah Wan Nurhazila bin Wan Azeri; Pendakwah Bebas (Finalis Pendakwah Muslimah / Selebriti TV-Hijrah) dengan tajuknya, “Andai ini Ramadan Terakhirku”.
 
Majlis seterusnya diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh  YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Hadir sama pada majlis tersebut, YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim; Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan Pn. Hajah Khatijah binti Abd Rahman; KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
 
Semoga usaha menyampaikan dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan kefahaman dalam persediaan kita menghadapi ibadah puasa yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi.
 
“Marhaban Ya Ramadhan” 
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.40 AM WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.48 AM
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.35 AM WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.43 AM
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.45 AM WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.48 AM 1
WhatsApp Image 2023 03 24 at 9.32.49 AM

 

Disediakan oleh:

 

Unit Agensi & NGO, Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel