05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:19
Zohor
16:44
Asar
19:28
Maghrib
20:43
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WACANA AKIDAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.33.17 1

15 MAC 2023M | 22 SYAABAN 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Program Wacana Akidah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/ 2023M. Kursus ini bertempat di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang peserta yang telibat dalam  program ini yang terdiri daripada rakan-rakan strategik JAWI daripada agensi-agensi kerajaan.

Objektif program ini adalah sebagai platform penerangan dan perbincangan daripada pakar pelbagai bidang-bidang berkaitan dalam menangani isu akidah yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan. 

Slot pertama telah disampaikan oleh Inspektor Ahmad bin Mat Saad dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), di bawah tajuk Penguatkuasaan Undang-Undang Terhadap Pertubuhan-Pertubuhan Yang Memberi Ancaman Terhadap Agama Islam. Slot kedua disusuli dengan perbincangan antara agensi mengenai isu-isu agama yang berkonsepkan “Roundtable Discussion” (RTD), Perbincanagn Meja Bulat yang telah dipengerusikan oleh Puan Kartini binti Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAWI.

Perasmian Program Wacana Akidah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi (TPO), JAWI.

WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.32.10 WhatsApp Image 2023 03 23 at 12.30.50
WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.31.40 WhatsApp Image 2023 03 15 at 12.20.21
WhatsApp Image 2023 03 16 at 11.33.17

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel