06:08
06:18
01:29
04:51
07:28
08:40

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KE DARUL UKHWAH YAYASAN AL-IJABAH, PUCHONG, SELANGOR

325142575 1233740227578651 6241752849118718864 n

10 JANUARI 2023M | 17 JAMADILAKHIR 1444H (SELASA) – Pada 10 Januari 2023, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan Kunjung Hormat ke Darul Ukhuwah, Yayasan Ijabah di Puchong Selangor. Kunjung Hormat ini diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Lawatan ini juga adalah sebagai lawatan penanda aras ke Darul Ukhuwah yang merupakan sebuah pusat perlindungan bagi pesakit-pesakit HIV/AIDS. Ia bertujuan untuk melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan kaedah pengurusan, penjagaan dan bimbingan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ijabah kepada para penghuni.

Lawatan ini adalah sebagai persediaan kepada JAWI dalam membangunkan sistem tadbir-urus dan dan pengoperasian Ilaj Home yang akan menempatkan para pesakit HIV/AIDS sebagai sebuah pusat perlindungan sementara dan perawatan. Berbeza dengan Ilaj Home yang akan diurus sepenuhnya oleh JAWI, Darul Ukhuwah yang telah beroperasi sejak 2013 adalah inisiatif Ustaz Muhammad bin Abdullah al-Amin seorang penceramah tersohor. Ia tercetus daripada kesedaran beliau untuk menyelamatkan saudara muslim yang menghidap HIV/AIDS daripada mendapat perlindungan di gereja-gereja dan menamatkan kehidupan mereka di gereja kerana ketiadaan rumah-rumah perlindungan khusus yang diurus oleh mana-mana agensi atau pun pertubuhan Islam.

Sehingga kini, Darul Ukhuwah telah menerima seramai 500 orang pesakit HIV lelaki Muslim sejak mula ia ditubuhkan. Mereka termasuk pesakit kategori terlantar yang memerlukan rawatan rapi

324925697 1223405075219956 5660345225764206033 n 324870718 912729303059796 5291131343337221552 n

 Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel