06:08
06:18
01:29
04:51
07:28
08:40

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JAWI KE PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI

lawatan kerja PKKSK 1

16 Disember 2022 | 21 JamadilAwwal 1444H (Jumaat) – Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Puan Rabihah binti Ibrahim bersama Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK, JAWI telah menghadiri Lawatan Kerja ke Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di tiga buah lokasi terpilih iaitu PKKSK di UTC Pudu Sentral, PKKSK di UTC Keramat dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI di  Masjid Usamah bin Zaid.

Objektif lawatan diadakan adalah bagi melihat dan memastikan fasiliti serta kemudahan yang ada di PKKSK bersifat kondusif dan selesa untuk kegunaan pelanggan yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan rundingcara.

Hasil daripada lawatan mendapati perlunya penambahbaikan terutamanya dari sudut fasiliti di PKKSK yang perlu dibaik pulih dan dinaik taraf. KPPK juga menyarankan agar membuat hebahan atau promosi bagi memperkenalkan PKKSK kepada masyarakat secara lebih meluas.

Lawatan kerja pada hari ini secara keseluruhannya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Unit Pembangunan Keluarga mengambil maklum berkaitan isu-isu dan cadangan yang telah diusulkan oleh KPPK dan akan membuat tindakan selanjutnya.

lawatan kerja PKKSK 2 lawatan kerja PKKSK 3
lawatan kerja PKKSK 4 lawatan kerja PKKSK 1
lawatan kerja PKKSK 5 lawatan kerja PKKSK 6
lawatan kerja PKKSK 7 lawatan kerja PKKSK 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel