06:08
06:18
01:29
04:51
07:28
08:40

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AKTIVITI PELEPASAN ABU AL-QURAN KE LAUT MELALUI PROGRAM PEMULIAAN AL-QURAN

WhatsApp Image 2022 11 30 at 10.58.21

30 NOVEMBER 2022M | 5 JAMADILAWAL 1444H (RABU) – 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menganjurkan Program Pemuliaan Al-Quran melalui aktiviti pelepasan abu al-Quran ke laut bertempat di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) Pelabuhan Klang, Selangor pagi tadi. Acara Perasmian disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir Haji Ghadzali Ahmad, Timbalan Pengarah MATRAIN, Puan Ummi Kalthum Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan dan Encik Mohammad Amir Azizan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Wilayah Persekutuan.
 
Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur di bawah kendalian JAWI telah menerima banyak al-Quran yang rosak untuk dilupuskan termasuk al-Quran rosak akibat banjir yang melanda Lembah Klang dan Pahang sekitar penghujung tahun 2021. Justeru aktiviti pelepasan abu al-Quran ke laut dilaksanakan setelah melalui proses pembakaran dalam relau pelupusan al-Quran di Darul Kalam dengan cara yang betul menurut panduan syarak. Kerja-kerja pelepasan 6.8 tan abu al-Quran ke laut kira-kira 12 batu nautika dari Pelabuhan Klang dilaksanakan dengan bantuan fasiliti dan aset JLM seperti Kapal Pedoman dan anak-anak kapal susulan persetujuan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pelupusan Teks/ bahan al-Quran yang rosak akibat bencana banjir.
 
Kerja-kerja pemuliaan dan pelepasan abu al-Quran ke laut dilaksanakan bagi memastikan kapasiti sedia ada di Darul Kalam mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi daripada pelbagai pihak yang ingin menghantar bahan dan teks yang mengandungi ayat suci al-Quran bagi tujuan pemulihan.
 
Pelepasan abu al-Quran ke laut merupakan proses pemuliaan al-Quran yang selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Program ini merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa.
 
Selain JAWI dan JLM, beberapa agensi lain seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut terlibat menjayakan program tersebut.
WhatsApp Image 2022 11 30 at 10.58.49 WhatsApp Image 2022 11 30 at 13.47.23 1
WhatsApp Image 2022 11 30 at 13.47.32 WhatsApp Image 2022 11 30 at 13.47.23
WhatsApp Image 2022 11 30 at 10.58.48 WhatsApp Image 2022 11 30 at 10.58.50
WhatsApp Image 2022 11 30 at 13.47.23 1 WhatsApp Image 2022 11 30 at 10.58.46

 


Cetak   Emel