05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2022M

Picture7

17 NOVEMBER 2022M | 22 RABIULAKHIR 1444H (KHAMIS) – Pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M yang berlangsung pada 15 -17 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, barisan Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M telah membuat ketetapan berdasarkan pencapaian para qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik sebagaimana berikut: -

1. Bahagian Qari :
a) Johan - Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad;
b) Naib Johan - Encik Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin; dan
c) Tempat ketiga - Dr. Khalid bin Isa.

2. Bahagian Qariah :
a) Johan - Puan Noorul Hasliza binti Haji Ahmad;
b) Naib Johan- Puan Rosnani binti Mohmad;dan
c) Tempat Ketiga - Puan Kamariah binti Yusof.

3. Bahagian Hafazan:
a) Johan Kategori 1 -10 Juzuk (Lelaki) - Saudara Muhammad Fahim Bin Shari;
b) Johan Kategori 1-10 Juzuk (Perempuan) - Saudari Asma' Athirah binti Ismail,
c) Johan Kategori 1-20 Juzuk (Lelaki)- Saudara Muhammad Amzar Muzakkir bin Md Lela ;
d) Johan Kategori 1-20 Juzuk(Perempuan)- Saudarai Maryam binti Razali ;
e) Johan Kategori 1-30 Juzuk(Lelaki) - Saudara Muhammad Fahmi bin Bukhari ;
 f) Johan Kategori 1-30 Juzuk (Perempuan) - Saudari Athirah Salihah binti Al-Azmi

Pemilihan pemenang dibuat adalah berdasarkan kriteria penghakiman mengikut bidang iaitu Tajwid, Tarannum, Fasohah dan Suara bagi kategori TilawahAl-Quran, manakala bagi kategori Hafazan Al-Quran pula penghakiman berdasarkan bahagian Hafaz dan Lancar, Tajwid, Fasohah, Tarannum, Suara dan Persembahan serta bidang Tafsir.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai, sijil penghargaan dan piala iringan, Johan qari dan qariah turut menerima hadiah pakej tunai menunaikan umrah. Manakala johan hafazan Kategori 1-30 Juzuk (Lelaki /Perempuan)menerima hadiah pakej umrah tajaan Andalusia Travel & Tour dan Syarikat ZIKAY Group.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewakili Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut serta pada majlis tersebut ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 15- 17 November 2022 dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.

WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 1 WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 2
WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 4 WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 3
WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 7 WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 5
WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 12 WhatsApp Image 2022 11 22 at 3.52.43 PM 13

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel